Hai, apa khabar?
Last month, aku baru je habis ujian jpj which is after 5 months aku daftar dekat driving school. 5
months sebenarnya boleh dikira lama sebab kawan aku paling awal ambil lesen 1 bulan je. Tempoh belajar memandu ni depends on bila korang daftar dan driving school korang sebab macam aku daftar untuk ambil lesen masa bulan 1 dan ramai yang ambil lesen kat imkl ni sebab dekat sini murah sikit kot.
Ok, lets get down to our business. apa yang akan aku cerita ni based on pengalaman aku di imkl. Firstly, korang kena datang kat driving school pada hari ujian jpj selewat-lewatnya 8.30 pagi. Di imkl pagi tu korang datang and terus tengok senarai nama dekat board di belakang tempat menunggu.Tengok nama korang sesi berapa sama ada sesi 1, 2 atau 3. After tu, orang JPJ akan panggil untuk briefing dekat bilik tempat menunggu kereta. Macam masa aku dia briefing terus semua sesi supaya tak perlu nak ulang. After briefing tu, diorang akan minta ic dan lesen memandu ( make sure tak expired) untuk kepilkan dekat borang JPJ korang. Dah settle pasal borang, JPJ akan pecahan sesi 1 tu kepada dua bahagian iaitu litar dan jalan raya. Nasib korang la dapat yang mana, yang kena buat litar dulu kena pergi ke tempat menunggu sebelah bukit tu kalau jalan raya tunggu je sebelah bilik tu. Kalau korang dapat ujian litar dulu, korang akan kena buat RPK dan RSM. Dua benda ni korang tak perlu nak risau sebab asalkan korang buat dengan konfiden confirm lepas sebab dekat sini tak strict sangat.
Ujian litar mula-mula sekali korang akan jumpa bukit. Before start bukit ni korang buat la RSM sendiri takde JPJ yang tengok pun. Paling rugi orang fail dekat bukit ni sebab tak pakai seat belt, so make sure pakai seat belt tau. Bila dekat atas bukit tu kena settle dalam 3 minit and kalau korang terlebih dari tiang tepi tu memang terus gagal tapi kalau tak sampai pula kena ikut JPJ maybe boleh cuba lagi sekali. Lepas bukit terus pergi dekat selekoh z, berdasarkan pemerhatian aku dekat litar tak bagi signal pun takpe and kalau enjin mati tak gagal asalkan tak lebih 3 kali. Nak keluar selekoh z dan elemen-elemen lain seperti selekoh s, parking, tiga penjuru make sure berhenti dulu before garisan putih kalau JPJ nampak memang gagal la. Dekat litar ni takde apa sangat just kena ingat step, fokus dan confident and nak ingatkan dekat parking tu make sure side mirror kanan pun masuk sekali kotak parking kalau tak gagal serta-merta.
Ujian jalan raya pula lebih mencabar untuk yang kurang pengalaman.Sampai giliran korang tenang je masuk kereta macam biasa and tutup pintu. Dah masuk tu sapa la sikit JPJ tu, contohnya "selamat pagi tuan/puan" lepas tu nak start buat RSM bagi intro sikit, "sekarang saya akan lakukan rutin sebelum memandu" lepas tu proceed je la buat RSM. Settle semua tu JPJ akan arahkan korang begerak, nak gerak tu jangan lupa CITO pulak. Masuk gear 1 dan pandang side mirror kanan, kiri dan belakang (Cermin), bagi signal kanan atau kiri (Isyarat), pandang cermin belakang pula (Titik buta) last sekali boleh la mula bergerak ( Olah gerak). Kalau dekat imkl korang kena berhenti dulu dekat line putih baru bergerak nak keluar gate. Nak masuk kiri ke gate pun bagi je signal dan orang selalu lupa nak bagi signal ke kiri masa nak masuk jalan ke bukit. Kalau tak bagi signal memang gagal terus. Ayat paling ngeri, "ok boleh berhenti dekat tepi" berhenti dekat tepi, terus sign borang JPJ sebab gagal, harap-harap tak jadi la macam ni. Selalu korang akan dapat jalan 1 tak ada kot yang dapat jalan 2 aku pun tak pasti. Dapat jalan 1 nanti ingat sentiasa berada di lorong paling kiri dan beri signal sekurang-kurangnya 3 saat sebelum bertukar lorong. Selesai jalan raya, JPJ akan suruh sign borang JPJ maka selesai la ujian. Lulus atau gagal kena pergi office untuk update sistem. Kalau lulus, proceed untuk urusan membuat lesen P pula. Kalau nak lesen cepat, cakap dekat office tu nak buat lesen sendiri, so lepas 3 hari dari hari ujian korang boleh pergi buat sendiri dekat JPJ.
![]() |
Meter |
Itu je rasanya pasal ujian JPJ. Good luck kepada yang akan ujian JPJ nanti (kalau ada orang baca la hahaha). Harap korang lulus dan tak perlu retake ujian JPJ sebab nanti kena tambah duit plus komitmen masa lagi, okbye.
Doakan saya..esok sy ujian JPJ..
ReplyDeleteKeluar je imkl ada bukit .. haih kat situ la paling nervous skali dgn traffic light skjap . Kdg2 ada treler kat blakang
ReplyDeleteshare boleh from first pendaftaran till habis cuz i nervous
DeleteTerima kasih atas nasihat dan tipsnya
ReplyDeletesama-sama
Deletekalau petang ada tak test jpj
ReplyDeleteTest2 yg di sebut kat atas
ReplyDeleteBukit
Selekoh Z
Selekoh S
Parking
3 penjuru
Ni semua test utk kereta manual ke?
Kereta auto pun sama
DeleteJalan raya ni masa test jpj sebenar nak kne hafal kee jalan dia
ReplyDeleteyup kena hafal
Delete